Thursday, July 15, 2010

Pakatan Rakyat Cadang BN jadi Pengerusi PAC

  • Usul yang dinanti-nantikan untuk melantik melantik wakil rakyat pembangkang dari BN sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri, dibentang di DUN Selangor hari ini.
  • Usul untuk melantik Shamsudin Mohd Lias (BN-Sungai Burong) sebagai pengerusi baru PAC Selangor dianggap sebagai satu sejarah.
  • Di negara-negara maju yang mengamal demokrasi untuk melantik wakil rakyat pembangkang mengetuai jawatankuasa yang serupa dengannya, tetapi Parlimen yang dikuasai BN, sehingga ini, enggan berbuat demikian.
  • Ketika membentangkan usul tersebut, Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail berkata inisiatif yang diambil kerajaan negeri itu menunjukkan komitmennya dalam menegakkan prinsip-prinsip kecekapan, pertanggungjawaban dan ketelusan.
  • Beliau menyifatkannya sebagai satu saat bersejarah apabila kerajaan negeri bersedia membuka jalan untuk semak dan imbang.
  • Rodziah kata pelantikan Shamsudin, jika diluluskan oleh Dewan, akan mempromosikan budaya politik yang sihat dalam pentadbiran.
  • Pengalaman Shamsudin dalam bidang audit dan semasa berkhidmat sebagai pegawai daerah, menjadikannya sebagai calon yang sesuai untuk menerajui PAC, tambahnya.
  • Ini, tegas Rodziah, menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan negeri Selangor untuk berdepan dengan banyak isu-isu seperti pelombongan (haram) pasir.