Thursday, December 16, 2010

Kes Bakar Gereja

Gereja sasaran

  • Gereja Assumption terletak di sebelah Hospital Assunta di Petaling Jaya Old Town . Gereja ini menjadi sasaran jam 4 pagi, 8 Januari 2009.Bom petrol dibaling ke dalam kawasan perkarangan gereja, tetapi botol tidak pecah dan tidak berlaku kebakaran.
  • Polis menafikan cermin kereta-kereta di Bangsar yang ada lambang Kristian turut dipecahkan .
  • Gereja Good Shepherd Lutheran di Jalan Othman, Petaling Jaya. Pederi Augustine Mutusamy, 43 melihat dua kesan terbakar pada dinding bangunan.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed menyatakan pihak polis sedang menyiasat.
  • Gereja All Saints di sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Jalan Taming Sari, Taiping, Perak.Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah menyatakan bom api dilemparkan tetapi hanya kerosakan kecil.
  • Gereja St Louis bersebelahan SMK Convent juga dibaling dengan botol mengandungi bahan bakar, tetapi hanya mengakibatkan kerosakan kecil.
  • Gereja Baptist Melaka di Durian Daun, telah disimbah dengan cat hitam.Nanyang Siang Pau menyatakan polis Melaka mengesahkan perkara itu.
  • Kuil Sikh, Gurdwara Sahib di Sentul, Selangor telah dibaling dengan batu dan pintu kaca telah pecah ketika sekumpulan sukarelawan sedang membersihkan kuil itu pada jam 6.15 petang.
  • Gereja Katholik St Elizabeth di Jalan Kota Kecil, di Kota Tinggi. Pintu pagarnya disimbah cat merah pada 14 Januari 2010 jam 6.00 am .Ketua polis daerah Kota Tinggi Supt Osman Mohamed Sebot mengesahkan kejadian tersebut. Dua tong cat, satu cat merah dan coklat ditemui dalam longkang berhampiran.

  • Wakil-wakil kedutaan asing diberi taklimat di Putrajaya . Kementerian Dalam Negeri tidak berniat menyembunyikan apa-apa fakta dan maklumat berhubung insiden serangan di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati.
  • Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar melarang perhimpunan pada hari Rabu , 13 Januari 2010 di Gereja Assumption Petaling Jaya.


Pelaku
  • Pengawal keselamatan dan saksi lain melihat dua orang suspek terlibat dalam kejadian kebakaran . Suspek dikatakan melemparkan sesuatu ke arah gereja dan berlaku letupan.
  • 80 % ruang tingkat bawah gereja tiga tingkat itu terbakar.
  • Siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.
  • Suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun selain boleh dikenakan denda.
  • Siasatan polis forensik dan anjing polis mendapati semua cermin tingkap di tingkat bawah gereja itu dipecahkan suspek sebelum mereka mencurahkan cecair dipercayai petrol ke dalam bangunan.
  • Sepana digunakan untuk memecahkan cermin gereja. Tong petrol turut dijumpai.Dua helmet yang terbakar ditemui di hadapan gereja.

Motif
  • Motif serangan dipercayai berkait dengan penggunaan kalimah "Allah" oleh penerbit majalah mingguan Katolik, Herald.

Penafian UMNO
  • Najib menolak andaian ahli UMNO cuba menimbulkan ketegangan selepas keputusan mahkamah yang membenarkan kalimah "Allah" digunakan oleh majalah Katholik Mingguan, Herald.
  • UMNO Selangor telah membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi pada hari Jumaat. Namun demonstrasi diteruskan oleh pihak-pihak lain.
  • Permit polis mungkin tidak diperlukan kerana diadakan di dalam kompaun masjid.
  • Mereka menggesa Sultan Selangor menyelesaikan kekalutan penggunaan kalimah 'Allah' ini.

Tindakan susulan
  • Kolumnis dan aktivis Datin Paduka Marina Mahathir menyatakan Islam tidak menggalakkan seseorang itu melakukan kejahatan.
  • 130 NGO mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk serangan bom api ke atas tiga gereja di Lembah Klang.

  • Pengarah RELA Selangor Kol. Khairi Mohd Alwee berkata RELA bersedia memberi komitmen untuk mengawasi setiap gereja di sekitar Lembah Klang.
  • Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengarahkan semua pengetua dan guru besar supaya meningkatkan langkah keselamatan di sekolah masing-masing berikutan kejadian melontar bom petrol ke atas pondok pengawal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent.
  • Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 4/2002 Perlaksanaan Program Sekolah Selamat menegaskan keselamatan sekolah dan prosedur keselamatan perlu dipatuhi.
  • Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun secara peribadi mencadangkan Akhbar Herald-The Catholic Weekly perlu bersedia menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah berikutan perkembangan yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar.
  • Perkataan alternatifnya ialah ‘Tuhan’ atau ‘Tuhan Yang Maha Kuasa’. Beliau adalah juga Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah.
  • Timbalan Perdana Menteri, Singapura Wong Kan Seng bimbang dengan perkembangan ini kerana Malaysia sangayt berjiran dengan Singapura.

Perbicaraan di mahkamah
  • Pada 6-7 Julai 2010, suspek yang membakar gereja dibicarakan di mahkamah Kuala Lumpur.
  • Mereka ialah Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim (24), adiknya Raja Mohamad Idzham (22), dan Azuwan Shah Ahmad (23),
  • didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar Metro Tabernacle Church AG di Jalan 4/4c, Desa Melawati pada 11.50 malam 7 Januari 2010.
  • Hakim S.M Komathy Suppiah mengarahkan pihak pendakwa menyerahkan tiga laporan perubatan untuk tujuan pembelaan.
  • Di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan , hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
  • Antara saksi dan bukti ialah doktor dan anggota polis selain menayangkan rakaman kamera video litar tertutup (cctv).

Hukuman
  • Pada 13 Ogos 2010, hakim SM Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim (24), dan adiknya Raja Mohamad Izham (22) Ikat jamin RM20,000 sementara menunggu rayuan.
  • Raja Faizal bekerja sebagai penghantar surat dengan PKNS manakala Raja Mohamad pula adalah seorang kerani di sebuah bank.
  • Beberapa orang yang lain masih bebas. Penghantar surat, Azuwan Shah Ahmad dibebaskan.
  • Dalang sebenar masih bebas. Mereka memberi alasan membakar sampah dan ditangkap semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Wednesday, December 15, 2010

Sidang Damai Annapolis

  • Lebih 40 orang tetamu jemputan akan hadir dan senarai kenamaan disiarkan pada 20 November 2007.
  • Menteri Luar Arab Saudi, Saud al-Faisal akhirnya mengumumkan pada 23 November 2007 setuju hadir dalam Persidangan Annapolis tetapi tidak akan berjabat tangan dan bercakap dengan Ehud Olmert kerana Ehud olmert bersalam dengan penumbuk.

Pendirian Palestin

  • Mahmoud Abbas mahukan agenda yang jelas tentang keperluan persidangan dan pada Oktober 2007 setuju tentang rumusan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza di mana sebelum 1967 penempatan tetap Israel akan dibincang secara serius.

  • 6 isu utama akan didebatkan dalam persidangan iaitu:
  • Jerusalem / Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Palastin
  • Pelarian Palestin dan hak untuk pulang. Kini mereka menjadi pelarian puluhan tahun di Jordan, Lubnan, Syria, Arab Saudi, Mesir, Amerika Syarikat dan lain-lain.
  • Sempadan
  • Petempatan
  • Bekalan air dan punca sungai
  • Keselamatan dan Tembok Keselamatan.

  • Mahmoud Abbas sangat berharap perjanjian bersama dapat dicapai pada akhir Novemnber 2007.
  • Sebelum itu Mahmoud Abbas telah mendapatkan referendum dari rakyat Palestin. Ketua perunding Palestin ialah Ahmad Qorei.


Pendirian Israel

  • Pada Oktober 2007, Perdana Menteri Ehud Olmert merasakan keperluan untuk menyerahkan sebahagian Timur Jerusalem kepada Palestin sebagai sebahagian dari jalan damai Annapolis.
  • Tetapi dikritik oleh sayap kanan Israel dan pertubuhan Yahudi antarabangsa dan Kristian Zionis.
  • Beberapa ahli Parlimen Knesset termasuk dari pihak Olmert cuba membatalkan Persidangan Annapolis ini.


BANTAHAN

  • Beliau menggesa agar Arab Saudi memulaukannya. Beliau percaya persidangan ini akan gagal. Sebenarnya Amerika cuba merendah-rendahkan negara-negara Arab.
  • Amerika hanya berbangga mengumpul banyak negara Arab dan Israel sahaja.
  • Aktivis dan pertubuhan Yahudi pula menentang sebarang cadangan untuk menyerahkan walau sekelumit tanah Baitulmuqaddis untuk dijadikan ibu negara Palestin.
  • Ini tentunya akan meningkatkan penentangan terbuka terhadap kerajaan Ehud Olmert. Mereka merancang mengadakan protes di hadapan kedutaan Israel di New York dan Washington D.C semasa persidangan ini berlangsung.
  • Kenyataan dikeluarkan iaitu 'Tidak ada sebarang pemimpin, dari mana-mana generasi, untuk menyerahkan bumi Eretz Israel.

LANGKAH SUSULAN

  • Rusia ditawarkan menjadi hos persidangan pada 2008 bagi mengkaji kemajuan rundingan.

  • Kesatuan Eropah menganjurkan satu mesyuarat negara penderma pada 17 Disember bagi membantu rakyat Palestin ke arah pembangunan ekonomi dan menambah peluang pekerjaan yang sesuai.

  • 12 Disember 2007 rundingan pertama akan diadakan bagi memperincikan hasil Persidangan Annapolis.

[sunting]Kontroversi

  • Persidangan Annapolis ini diharap dapat mengembalikan imej Goerge W. Bush yang semakin merosot berikutan kegagalan Perang Iraq dan Afghanistan.

Tuesday, December 14, 2010

Hamas

  • Hamas (bahasa Arab: Harakat al-Muqawama al-Islamiyya, Gerakan Pembela Islam)
  • Namun, pada 14 Jun 2007, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah membubarkan parlimen dan memecat kerajaan Palestin bersatu yang diketuai oleh Hamas akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Gaza.
  • Abbas telah melantik Salam Fayyad sebagai pengganti Haniya.
  • Baru- baru ini setelah pengunduran tentera Zionis dari Gaza, sokongan yang diberikan kepada Hamas semakin kuat.

[sunting]Nama

  • Hamas adalah akronim bagi frasa bahasa Arab حركة المقاومة الاسلامية, atau Harakat al-Muqāwama al-Islāmiyya atau "Pergerakan Pembela Islam"
  • Brigad Izz ad-Din al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas telah dibentuk pada tahun 1992, dinamakan sempena mengenang jasa pejuang Palestin, Sheikh Izz ad-Din al-Qassam. Unit tentera Hamas kadangkala menamakan diri mereka "Students of Ayyash", "Students of the Engineer", atau "Unit Yahya Ayyash", to commemorate Yahya Ayyash, an early Hamas bomb-maker killed in 1996.
SEJARAH

  • Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan balas terhadap pendudukan Zionis Israel, negara haram yang menakluki wilayah Palestin.
  • Piagam Hamas menyeru supaya negara haram Zionis Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam yang adil dan damai tanpa mengira agama, etnik bangsa dan sebagainya.
  • Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Zionis Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Zionis Israel keluar dari Palestin melalui Jihad.
  • Dalam pilihanraya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru.
  • Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin.
  • Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.
  • Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihanraya Januari 2006 telah banyak berlaku, dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi.
  • Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas.
  • Pada 8 Februari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu.
  • Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan. Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007, apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri.
  • Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas. Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut.


Monday, December 6, 2010

Perlembagaan : Formula Terbaik Penyatuan PAS - DAP

  • Perbahasan demi perbahasan tentang Negara Islam semakin hebat. Bermula dengan hasrat dan cadangan Pas membawa kepada rentetan yang meleret tidak ketentuan. Idea-idea bernafsu dan taasub mengisi perbincangan. Kekadang asasnya ialah taasub terhadap ideologi dan kekadang asasnya adalah sentimen perkauman dan ada juga yang semacam berpegang pada toleransi yang tidak berprinsip.

  • Ada satu alasan yang menyebabkan pertelagahan ini Tidak akan selesai iaitu semua penganut ideologi parti-parti ini benar-benar 'menganut' secara zahir semua polisi dan dasar parti mereka. Maksudnya ialah...
  • Pertama, Menganut bererti memegang secara kuat, tekad, kemas yang menyamai 'beriman' dengannya. Kedua, secara zahir bererti tidak memahami 'hati' dan niat dasar dan polisi tersebut.

  • Perbezaan polisi dan dasar sesebuah parti antara satu sama lain bukanlah satu masalah sehingga ia bersifat muktamad dan tidak boleh bertolak ansur lagi.

  • Perbezaan ini adalah satu keistimewaan bukan satu kelemahan atau halangan. Formula yang ingin saya kemukakan disini akan memberi peluang kepada kedua-dua parti memperjuangkan ideologi masing-masing tanpa berlaku pertembungan. Tidak perlu Pas bertegang leher dan tak perlu Dap berkeras pedal untuk mempertahankan ideologi masing-masing.


Muqaddimahnya ialah :


SEMUA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT BOLEH MEMPERJUANGKAN IDEOLOGI MASING-MASING SELAGIMANA ADA RUANG YANG DIBERIKAN PERLEMBAGAAN.


Bermakna semua parti disatukan oleh perlembagaan. Implikasinya ialah: -


1. Pas akan melaksanakan cita-cita Negara Islam yang dinaskan dalam polisi Pas melalui ruang perlembagaan Negara. Panduannya begini...sebenarnya jika difahami segala peruntukan perlembagaan samada perkara 3, 11, senarai negeri dan lain-lain peruntukan dengan segala tafsirannya, percayalah, semua dasar Pas adalah berpeluang seluas-luasnya untuk dilaksanakan.


Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan pakar undang-undang Pas menggunakannya. Yang pasti Pas tidak perlu mengorbankan cita-citanya untuk melaksanakan 'Islamic state'.


2. Dap boleh melaksanakan idea dan cita-citanya berdasarkan apa yang termaktub dalam dasar parti selagimana ada ruang untuk Dap menggunakan peruntukan yang ada dalam perlembagaan. Bermakna, Dap dibenarkan untuk menjayakan polisinya bergantung kepada 'kebenaran' dan keizinan perlembagaan.


3. Pas tidak perlu mengubah perlembagaan dan Dap juga tidak perlu mengubah perlembagaan selagimana ia belum mencapai keperluan mendesak.



FORMULANYA : SEMUA PARTI DIIKAT DENGAN PERLEMBAGAAN.


  • Pas perlu sedar dan yakin dengan apa yang disebutkan oleh pakar perlembagaan, Prof. Dr. Aziz Bari bahawa dengan peruntukan yang ada sebenarnya telah memungkinkan hokum Islam dapat dilaksanakan seluas-luasnya.
  • Tidak perlu Pas mengemukakan rasional dan kehebatan dengan hujah-hujah sebagaimana yang di debatkan sekarang kerana orang yang di debatkan itu sememangnya tidak mampu rasional pada masa ini. Ia hanya akan merumitkan keadaan.
  • Pas sepatutnya mengkaji perlembagaan dan tubuhkan jawatankuasa undang-undang Pas yang diketuai oleh Prof. Dr. Aziz Bari untuk melihat ruang dan celah yang ada dalam perlembagaan yang membolehkan cita-cita Islam Pas dapat dilaksanakan tanpa perlu mengubah perlembagaan tersebut atau mengorbankan cita-cita Islamnya.
  • Dap pula tidak perlu mempertikaikan cita-cita Pas kerana apa yang dibuat oleh Pas adalah melalui kebenaran atau keizinan perlembagaan. Selagi mana Pas mengikut perlembagaan Dap tidak boleh pertikaikan bahkan perlu menyokongnya atas dasar satu pakatan.
  • Dap juga dibenarkan untuk melaksanakan dasarnya dengan menggunakan ruang yang ada melalui perlembagaan. Dan percayalah, bukan semua dasar Dap dapat dilaksanakan jika mereka memahami perlembagaan. Perlembagaan Negara sebenarnya banyak menyebelahi Pas.
  • Pas juga perlu terima 'Malaysian Malaysia' sebagai satu prinsip yang tidak bertentangan dengan Islam bahkan jika diberi tafsirannya dengan cara Islam ia memang berpegang pada prinsip keadilan Islam yang sebenar.
  • Sebagai pedoman bagi Pas, perlembagaan bukanlah satu 'Dustur' yang dianggap anutan atau kepercayaan yang melibatkan sah dan batalnya iman seseorang tetapi ia hanya satu platform. Bermakna ia hanya lah sebagai jalan, laluan, kaedah, dan hikmah yang di sebutkan oleh Rasulullah ' kutiplah kebijaksanaan dimana yang kamu jumpa'. Inilah yang menjadi pedoman Presiden Pas ketika menjelaskan kedudukan demokrasi dalam Islam.
  • Saya secara peribadi begitu yakin formula ini mampu menyatukan Pas dan Dap. Hanya satu tali sahaja yang mampu mengikat kedua-dua parti ini iaitu PERLEMBAGAAN.
  • Kesannya, tidak akan berlaku Pas memaksa Dap menganut ideologinya , begitu juga Dap takkan dapat berkeras dengan Pas untuk mengorbankan dasar ' Islamic state' nya.
  • Kesimpulannya...'Islamic state boleh dijayakan dengan perlembagaan'. 'Malaysian Malaysia juga mempunyai ruangnya melalui perlembagaan'.


Sunday, December 5, 2010

Barisan Alternatif

  • BA tidak pernah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan. Tidak ada mana-mana pihak sama ada DAP, PKR mahupun PAS yang mahu mengusahakan pendaftaran Barisan Alternatif kerana merasakan pertubuhan politik secara rasmi tidak diperlukan.


SEJARAH PENUBUHAN

  • Ketika itu ahli-ahli BA bersetuju untuk cuma satu satu parti bertanding bagi setiap kerusi. Hasilnya banyak kerusi yang dimenangi oleh pembangkang seperti Terengganu dirampas oleh PAS dan peningkatan kerusi Parlimen. Kerusi Parlimen DAP turut bertambah namun dua pemimpinnya, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kawasan mereka.


PERPECAHAN


  • Sejak dari mula lagi, perikatan ini agak regang kerana keengganan PAS menarik matlamatnya secara umum iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sesuatu yang tidak disetujui DAP, walaupun kompromi sementara diperolehi dengan PAS bersetuju tidak memasukkannya dalam manifesto bersama.
  • Namun selepas pilihan raya, dengan kemenangan besar PAS dan keputusan tidak seberapa parti lain, ketegangan ini meningkat. Lantas pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA.


PILIHANRAYA 2004

  • Dalam pilihan raya 2004, semua calon PRM bersetuju untuk bertanding dengan tiket PKN, kerana kedua-dua buah parti ini ketika itu sedang dalam perundingan untuk bergabung. DAP yang telah keluar daripada BA pun bersaing dengan PAS atau PKN di beberapa buah kawasan, selain daripada bersaing dengan BN.


PENGABUNGAN PKN dengan PRM

  • Parti Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Oleh itu BA cuma mempunyai 2 buah parti komponen sahaja. Namun sesetengah ahli PRM enggan menyertai PKR, oleh itu apabila pendaftaran mereka hampir ditamatkan, mereka lekas menghantar laporan mesyuarat mereka, supaya mereka dapat mengekalkan daftar mereka. Mereka tidak menyertai semula ke dalam BA.


KEBANGKITAN SEMULA

  • Di negeri Kedah, BA bersama dengan seorang calon bebas membentuk kerajaan. Ustaz Azizan Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. Calon bebas itu pula dijemput menyertai PKR, dan beliau menerima jemputan itu.


PAKATAN RAKYAT