Wednesday, December 15, 2010

Sidang Damai Annapolis

  • Lebih 40 orang tetamu jemputan akan hadir dan senarai kenamaan disiarkan pada 20 November 2007.
  • Menteri Luar Arab Saudi, Saud al-Faisal akhirnya mengumumkan pada 23 November 2007 setuju hadir dalam Persidangan Annapolis tetapi tidak akan berjabat tangan dan bercakap dengan Ehud Olmert kerana Ehud olmert bersalam dengan penumbuk.

Pendirian Palestin

  • Mahmoud Abbas mahukan agenda yang jelas tentang keperluan persidangan dan pada Oktober 2007 setuju tentang rumusan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza di mana sebelum 1967 penempatan tetap Israel akan dibincang secara serius.

  • 6 isu utama akan didebatkan dalam persidangan iaitu:
  • Jerusalem / Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Palastin
  • Pelarian Palestin dan hak untuk pulang. Kini mereka menjadi pelarian puluhan tahun di Jordan, Lubnan, Syria, Arab Saudi, Mesir, Amerika Syarikat dan lain-lain.
  • Sempadan
  • Petempatan
  • Bekalan air dan punca sungai
  • Keselamatan dan Tembok Keselamatan.

  • Mahmoud Abbas sangat berharap perjanjian bersama dapat dicapai pada akhir Novemnber 2007.
  • Sebelum itu Mahmoud Abbas telah mendapatkan referendum dari rakyat Palestin. Ketua perunding Palestin ialah Ahmad Qorei.


Pendirian Israel

  • Pada Oktober 2007, Perdana Menteri Ehud Olmert merasakan keperluan untuk menyerahkan sebahagian Timur Jerusalem kepada Palestin sebagai sebahagian dari jalan damai Annapolis.
  • Tetapi dikritik oleh sayap kanan Israel dan pertubuhan Yahudi antarabangsa dan Kristian Zionis.
  • Beberapa ahli Parlimen Knesset termasuk dari pihak Olmert cuba membatalkan Persidangan Annapolis ini.


BANTAHAN

  • Beliau menggesa agar Arab Saudi memulaukannya. Beliau percaya persidangan ini akan gagal. Sebenarnya Amerika cuba merendah-rendahkan negara-negara Arab.
  • Amerika hanya berbangga mengumpul banyak negara Arab dan Israel sahaja.
  • Aktivis dan pertubuhan Yahudi pula menentang sebarang cadangan untuk menyerahkan walau sekelumit tanah Baitulmuqaddis untuk dijadikan ibu negara Palestin.
  • Ini tentunya akan meningkatkan penentangan terbuka terhadap kerajaan Ehud Olmert. Mereka merancang mengadakan protes di hadapan kedutaan Israel di New York dan Washington D.C semasa persidangan ini berlangsung.
  • Kenyataan dikeluarkan iaitu 'Tidak ada sebarang pemimpin, dari mana-mana generasi, untuk menyerahkan bumi Eretz Israel.

LANGKAH SUSULAN

  • Rusia ditawarkan menjadi hos persidangan pada 2008 bagi mengkaji kemajuan rundingan.

  • Kesatuan Eropah menganjurkan satu mesyuarat negara penderma pada 17 Disember bagi membantu rakyat Palestin ke arah pembangunan ekonomi dan menambah peluang pekerjaan yang sesuai.

  • 12 Disember 2007 rundingan pertama akan diadakan bagi memperincikan hasil Persidangan Annapolis.

[sunting]Kontroversi

  • Persidangan Annapolis ini diharap dapat mengembalikan imej Goerge W. Bush yang semakin merosot berikutan kegagalan Perang Iraq dan Afghanistan.

No comments:

Post a Comment