Saturday, December 4, 2010

PERKASA menolak Ketuanan PKR

  • Pada 3/12/2010 PERKASA NS telah membuat satu sidang akhbar bertempat di Hotel Seri Malaysia pada jam 3.00 petang berkenaan isu ketuanan Melayu oleh Presiden PKR. Sidang media tersebut hasil keputusan mesyuarat peringkat negeri PERKASA NS pada 1/12/2010.
  • Pada sidang media tersebut PERKASA NS membantah kenyataan Presiden PKR yang ingin membakul sampahkan’ ketuanan Melayu’ dan digantikan dengan ‘ketuanan rakyat’.
  • PERKASA NS juga meminta agar Menteri Dalam Negeri tegas dalam menangani isu isu berkaitan yang dilihat boleh mengugat kepentingan orang orang Melayu seperti mana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara.
  • PERKASA NS memandang isu tersebut boleh mencetuskan keresahan di kalangan rakyat dan akhirnya boleh membawa suatu keadaan yang tegang di antara kaum di negara ini. PERKASA NS menyarankan kerajaan menggunakan ISA terhadap Presiden PKR.
  • Dalam sidang media tersebut PERKASA NS juga menolak dan membantah cadangan istilah’ ketuanan Melayu’ digantikan dengan’ ketuanan rakyat’. Ini kerana ia dilihat seolah olah menyerupai slogan di sebuah negara yang mengamalkan ideologi komunis.
  • Isu penolakan’ ketuanan Melayu’ dan digantikan dengan ‘ ketuanan rakyat’ yang dilaungkan PKR itu sebenarnya adalah taktik PKR untuk cuba mengalih perhatian dari isu kepincangan mereka dalam proses pemilihan parti mereka yang lalu.
  • ” PKR hendak jadi komunis, setahu saya hanya komunis yang menguar-uarkan konsep hak sama rata untuk rakyat. Mungkin PKR tidak belajar sejarah dan terdesak memanipulasi konsep berkenaan untuk memancing undi. kali ini mereka membuat perhitungan salah.
  • Slogan ‘ketuanan rakyat’ yang dibawa oleh PKR adalah kosong kerana ia tidak menepati realiti sebenar sosiopolitik dinegara ini.” kata Datuk Hj Mohd Noor Nordin, YDP PERKASA NS.
  • Sidang media tersebut turut dihadiri Dato Hj Hamzah Mohd Kassim, Naib YDP PERKASA NS serta Ajk- Ajk PERKASA negeri dan daerah serta Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Keturunan Melayu Islam Patani Malaysia, Encik Bahari dan wakil dari GPMS Negeri Sembilan.
  • Sidang media tersebut telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada 4/12/2010.
  • Pada 5/12/2010 kenyataan PERKASA NS itu telah diselar oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan telah disiarkan dalam Akhbar Sinar harian.

No comments:

Post a Comment