Sunday, December 5, 2010

Barisan Alternatif

  • BA tidak pernah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan. Tidak ada mana-mana pihak sama ada DAP, PKR mahupun PAS yang mahu mengusahakan pendaftaran Barisan Alternatif kerana merasakan pertubuhan politik secara rasmi tidak diperlukan.


SEJARAH PENUBUHAN

  • Ketika itu ahli-ahli BA bersetuju untuk cuma satu satu parti bertanding bagi setiap kerusi. Hasilnya banyak kerusi yang dimenangi oleh pembangkang seperti Terengganu dirampas oleh PAS dan peningkatan kerusi Parlimen. Kerusi Parlimen DAP turut bertambah namun dua pemimpinnya, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kawasan mereka.


PERPECAHAN


  • Sejak dari mula lagi, perikatan ini agak regang kerana keengganan PAS menarik matlamatnya secara umum iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sesuatu yang tidak disetujui DAP, walaupun kompromi sementara diperolehi dengan PAS bersetuju tidak memasukkannya dalam manifesto bersama.
  • Namun selepas pilihan raya, dengan kemenangan besar PAS dan keputusan tidak seberapa parti lain, ketegangan ini meningkat. Lantas pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA.


PILIHANRAYA 2004

  • Dalam pilihan raya 2004, semua calon PRM bersetuju untuk bertanding dengan tiket PKN, kerana kedua-dua buah parti ini ketika itu sedang dalam perundingan untuk bergabung. DAP yang telah keluar daripada BA pun bersaing dengan PAS atau PKN di beberapa buah kawasan, selain daripada bersaing dengan BN.


PENGABUNGAN PKN dengan PRM

  • Parti Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Oleh itu BA cuma mempunyai 2 buah parti komponen sahaja. Namun sesetengah ahli PRM enggan menyertai PKR, oleh itu apabila pendaftaran mereka hampir ditamatkan, mereka lekas menghantar laporan mesyuarat mereka, supaya mereka dapat mengekalkan daftar mereka. Mereka tidak menyertai semula ke dalam BA.


KEBANGKITAN SEMULA

  • Di negeri Kedah, BA bersama dengan seorang calon bebas membentuk kerajaan. Ustaz Azizan Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. Calon bebas itu pula dijemput menyertai PKR, dan beliau menerima jemputan itu.


PAKATAN RAKYAT



No comments:

Post a Comment