Thursday, January 28, 2010

AFTA

1) AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.


2) Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina,Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada 1995,


3) Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pada 1999. AFTA sekarang terdiri dari sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara anggota baru tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai ASEAN. Namun begitu, kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban pengurangan tarif AFTA.


4) Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran.


5) Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ditubuhkan menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme utama mulai 1 Januari 1993 dengan tarif istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis yang bertaraf kabinet juga ditubuhkan untuk mengawasi, menyelaras, dan meninjau perlaksanaan Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA.


6) Pada 31 Januari 2003, perjanjian AFTA dan CEPT dipinda dalam perkara yang berkaitan dengan penghapusan duti-duti import. Antara perkara-perkara yang disentuh adalah:

  • Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, dan Thailand akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2010.
  • Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Kemboja, Laos, Myanmar, dan Vietnam akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2015. Namun, penghapusan duti import bagi produk-produk sensitif dibenarkan tidak lewat daripada 1 Januari 2018.


Saturday, January 23, 2010

GST

1) GST atau Goods Services Tax atau Cukai Perkhidmatan dan barangan, ialah cukai yang dikenakan terhadap semua barangan dan perkhidmatan. Kerajaan Malaysia telah meluluskan di peringat Parlimen untuk melancarkan cukai tersebut pada tahun 2011.

2) Kerajaan Malaysia mengatakan GST adalah lebih rendah peratusnya
berbanding cukai barang dan jualan. Peratus GST ialah 4%. Cukai perkhidmatan 5% dan cukai jualan pula 10%. Kerajaan turut mengatakan GST tidak akan dikenakan kepada barangan tertentu.

3) benarkah GST tidak membebankan rakyat? Jawapannya ia amat membebankan. Jika dilihat dari peratus yang dinyatakan oleh kerajaan, peratusan tersebut sememangnya rendah. Tetapi sedarkah anda bahawa cukai perkhidmatan dan jualan tidak banyak dikenakan ke atas kita selaku pengguna. Hal ini berlaku kerana kita jarang sekali menggunakan barangan mewah seperti makan tiap-tiap hari di KFC, Pizza Hut, menginap di hotel dan sebagainya kerana semua barangan dan perkhidmatan tersebut akan dikenakan cukai barang atau perkhidmatan.

4) Jadi dalam sebulan mungkin sekali atau setiap minggu sekali sahaja kita akan dikenakan cukai berbanding GST setelah dilaksanakan pada tahun 2011 nanti. Hal ini kerana GST akan dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan. Mungkin jika sebelum 2011 jumlah barangan yang dikenakan cukai ke atas kita cuma 2 atau 3 barang tetapi selepas 2011 jumlah barangan yang mungkin dikenakan ke atas kita adalah hampir setiap belian barang dan perkhidmatan yang kita terima… sama ada di kedai-kedai runcit biasa sehinggalah ke pasaraya besar…. Atau dalam setiap perkhidmatan kerajaan mahupun swasta, sama ada sewaktu bayaran balik pinjaman pembelajaran atau perniagaan, transaksi perbankan, perkhidmatan dipejabat pos, perubatan dan sebagainya…


5) Cuba bayangkan banyak mana kita bayar cukai kepada kerajaan dalam tempoh sebulan… RM200, RM500 atau lebih lagi. Sebab apa kerajaan buat begitu? Kerana sumber kewangan Malaysia semakin tenat...


6) Kerajaan juga mengatakan kenaikan harga barang tidak berlaku… sebenarnya tidak mungkin sebab cukai yang dikenakan terhadap peniaga akan dikenakan ke atas pelangannya supaya keuntungan yang diperoleh peniaga sama ada selepas GST masih sama ataupun meningkat selepas GST terlaksana.

7) Pelangannya itu sudah tentu kita… termasuk juga golongan miskin dan fakir… Ia akan berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Sebab tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, selepas harga sesuatu barang naik, ia akan turun kemudiannya… ini hakikat yang kita boleh pelajari…

8) Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan sebenarnya GST tidak patut dilaksanakan… Jadi apa tindakan kita? Rang Undang-Undang berkenaan GST masih dalam proses pengubalan. Pihak yang bertanggungjawab terhadap penggubalan tersebut adalah menteri yang bertanggungjawab.

9) Menteri akan mengikut pandangan rakyat. Jadi jika rakyat tidak bersetuju menteri tidak boleh laksana atau rang undang-undang yang dibentangkan olehnya nanti di Parlimen untuk diluluskan tidak keterlaluan. Hal ini kerana penentuan barang yang dikenakan GST masih belum ditetapkan.


Friday, January 22, 2010

Himpunan Gejala Sosial

1) Manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Sifat–sifat inilah yang menentukan setiap tindakan dan perbuatan. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa sifat dan tabiat manusia yang secara jelas menunjukkan betapa pentingnya proses bimbingan.


3) Justeru, kerja-kerja membimbing perlu dilakukan oleh semua orang berdasarkan kemampuan masing-masing. Keperluan Bimbingan Terdapat pelbagai keperluan yang menuntut proses bimbingan dilakukan. Antaranya: Manusia adalah Khalifah di atas Muka Bumi Manusia dijadikan oleh Allah dengan kejadian yang cukup sempurna dan melalui tahap perkembangan bermula daripada zaman kanak-kanak sehingga ke lanjut usia.


4) Apabila diteliti secara mendalam, pelakuan atau tindakan menyeleweng yang berlaku di sekeliling kita dapat dicegah sebelum ia menjadi parah kerana kos memulihkannya memerlukan tenaga, sumber dan masa yang banyak. Masing-masing menuding jari kepada orang lain apabila berlaku masalah dalam masyarakat seperti buang bayi, lepak, pelacuran dan sebagainya. Sebagai ahli masyarakat sama ada sebagai rakan, jiran, saudara mara, guru ataupun ketua kampung masing–masing berperanan membantu pada peringkat awal sebelum masalah menjadi serius.


5) Keperluan Saling Membantu dan Menyampaikan Walau Satu Ayat Berdasarkan rol dan kemampuan masing-masing, setiap orang berperanan menyampaikan ilmu, memberi nasihat, menegur kemungkaran, menyeru kepada kebaikan. Sabda nabi Muhammad SAW, “Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.” Di samping itu, membantu sesama manusia juga sesuatu yang dituntut. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2, “Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya.” Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa berjalan menolong saudaranya dan memberikan jasa padanya, maka untuknya pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah.”


Ganjaran orang yang membantu memenuhi keperluan sesama manusia dijelaskan seperti sabda Nabi Muhammad SAW, “Barang siapa berjalan bagi memenuhi keperluan saudaranya, Allah menuliskan untuknya setiap satu langkah tujuh puluh kebaikan dan menghapuskan tujuh puluh keburukannya. Jika dia berhasil memenuhi keperluan saudaranya itu, maka dia bersih daripada dosanya seperti pada hari dia dilahirkan ibunya. Jika dia mati di saat itu, maka dia masuk syurga tanpa hisab.” Rasulullah SAW bersabda, “Untunglah orang yang daripada tangannya mengalir kebaikan dan celakalah orang yang daripada tangannya mengalir keburukan.”


Perubahan dalam Masyarakat


a. Perubahan keperluan pendidikan negara Keperluan pendidikan sebelum merdeka tertumpu pada meningkatkan kesedaran menuntut kemerdekaan dan penyediaan tenaga pentadbir. Selepas merdeka, perkhidmatan bimbingan tertumpu ke arah melahirkan intelektual dan tenaga profesional dalam pelbagai bidang. Selaras dengan wawasan 2020 dan matlamat menjadi negara maju, tumpuan diberikan kepada pendidikan sepanjang hayat dan pengunaan teknologi maklumat dalam melahirkan warga Malaysia yang berpengetahuan.


b. Kehendak dunia kerjaya Keperluan dalam dunia kerjaya dan pekerjaan juga menyumbang kepada keperluan perkhidmatan bimbingan. Corak ekonomi negara berasaskan pertanian sudah beralih ke ekonomi perindustrian, kini berada pula pada zaman teknologi maklumat. Perubahan ini membawa kepada perubahan corak pemilihan kerjaya dan persaingan bagi mendapatkan tempat melanjutkan pelajaran menjadi semakin sengit.


c. Peralihan menjadi masyarakat moden Suasana dunia yang semakin moden menimbulkan isu-isu seperti perbandaran, penghijrahan, perumahan dan media massa.


Keadaan bertambah mencabar di era dunia tanpa sempadan dan cabaran globalisasi. Pengaruh Persekitaran dan Globalisasi


a. Zaman teknologi maklumat Semakin maju teknologi, semakin jauh manusia hanyut dengan pelbagai masalah sosial. Nilai-nilai moral, kerohanian dan keagamaan sama sekali diabaikan serta merupakan perkara kedua dalam kemajuan diri mereka. Tidak dinafikan perkembangan maju pelbagai teknologi canggih pada abad ini memberi kesan pada corak pemikiran kerana terdedah kepada pelbagai maklumat dan bahan-bahan tanpa sempadan.


b. Media Pengaruh pelbagai saluran media massa yang menampilkan budaya kuning terutama melalui artis-artis barat. Budaya yang ditonjolkan bukan sekadar daripada segi berpakaian yang menjolok mata, tetapi pertuturan berbaur unsur lucah malah perlakuan juga tidak bersopan-santun, gelojoh serta ganas. Masyarakat juga khuatir bahan-bahan lucah, jenayah dan keganasan dapat membentuk suatu keadaan di mana orientasi nilai dan sikap dalam masyarakat menjadi rendah dan negatif. Apabila seseorang itu terlampau banyak didedahkan kepada bahan-bahan seperti ini, ia mungkin menganggap jenayah dan keganasan adalah suatu perkara yang lumrah.


Masalah Sosial Era kemajuan yang dikecapi oleh manusia pada abad ini seolah-olah sudah mengaburi dan lupa pada permasalahan yang wujud di sekeliling mereka. Salah satunya adalah masalah keruntuhan moral yang semakin menular dalam masyarakat kita sekarang bagai ‘duri dalam daging.’


a. Pengaruh budaya kuning Sebut saja ‘budaya kuning,’ masyarakat dapat menggambarkan dalam pemikiran mereka ia adalah suatu unsur negatif yang menyelinap dalam kehidupan mereka. Perkara ini bukan lagi suatu perkara yang baru diperkatakan. Masyarakat sudah lali dan biasa dengan black metal, hippies, pink metal dan skin head. Budaya yang meresap seolah-olah menjadi sebati dalam diri masyarakat tidak diendahkan terutama generasi hari ini. Muda mudi seronok dan asyik dengan cara hidup kebaratan sehinggakan tanpa segan silu mereka menampilkan cara berpakaian, bersosial, ataupun bertutur ala barat.


b. Sumbang mahram Sumbang mahram adalah pencabulan seks yang berlaku di kalangan anggota keluarga terdekat atau di kalangan mereka yang mana perkahwinan sesama sendiri ditegah apabila dilihat dalam konteks Islam. Pencabulan seks di sini bermaksud sebarang kegiatan seksual yang tidak difahami dan tidak direlai oleh mangsa perlakuan seks atau perlakuan seks yang melanggar norma sosial. Ia termasuklah mulut-kemaluan atau oral-genital, dubur-kemaluan atau anal-genital iaitu liwat, kemaluan-kemaluan atau genital-genital antara orang dewasa dan kanak-kanak; onani bersama; mendedahkan kemaluan atau exhibitionism dan menggunakan kanak-kanak untuk pornografi.


c. Lari dari rumah Lari dari rumah adalah suatu fenomena yang sudah lama wujud di kalangan remaja. Dianggarkan setiap hari seramai 3 ataupun 4 orang lari dari rumah. Perangkaan ini semakin meningkat kerana masih banyak lagi kes yang belum dilaporkan ataupun sengaja tidak dilaporkan.


d. Penyalahgunaan dadah Pada tahun 2003, kerajaan melancarkan perang najis dadah habis-habisan. Gegala penagihan ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti masalah keluarga, rendah harga diri, tekanan hidup yang dialami, pengaruh rakan dan lain-lain lagi. Pada peringkat awal, pengguna dadah mungkin beranggapan dadah dapat menyelesaikan masalah peribadi yang mereka hadapi tetapi keadaan lebih buruk berlaku apabila mula gian dan ketagih.

Mengikut kajian, sebab–sebab mereka terlibat dengan dadah adalah;

i) 50.7 % berpunca daripada pengaruh rakan sebaya.

ii) 26.2 % disebabkan perasaan ingin tahu.

iii) 15.6% untuk mencari keseronokan.

iv) 5.7 % untuk menghilangkan tekanan jiwa.

v) 1.6 % untuk rawatan kesihatan.

vi) 0.2 % sebab–sebab lain.


e. Gengsterisme Gejala gengsterisme di kalangan remaja khususnya para pelajar di sekolah sejak akhir-akhir ini cukup memilukan hati dan membimbangkan semua pihak. Ia menggambarkan betapa biadab dan runtuhnya disiplin remaja pada hari ini. Sebagai contoh bagaimana seorang pelajar iaitu adik Nurul Syuhadah Abdul Majid, ditikam tidak kurang daripada sepuluh kali oleh pelajar tingkatan satu hanya kerana tidak memberikan wang sakunya. (Berita Harian, 21.6.2000)

Begitu juga dengan seorang remaja perempuan yang berumur 16 tahun dituduh membunuh wanita berumur 58 tahun kerana tidak memberikannya wang yang diminta. (Berita Harian, 24.9.2000)


f. Pelacuran Secara logik akal, tidak ada manusia yang rela menghambakan diri ke lembah yang hina ini. Sungguhpun ada di antara mereka yang hidup mewah dengan cara melacurkan diri, tetapi kesan yang terpaksa ditanggung adalah berat daripada segi emosi, fizikal, mental dan psikologi. Apatah lagi apabila mereka diperangkap oleh orang yang bertanggungjawab mengheret mereka ke lembah hina itu.


g. Buang bayi Sejak kebelakangan ini, laporan berkenaan kes pembuangan bayi semakin meningkat daripada semasa ke semasa. Boleh dikatakan setiap hari kita membaca dan mendengar berita yang cukup sedih dan menggerunkan di akhbar ataupun televisyen yang memperkatakan berkenaan isu pembuangan bayi ini. Isu ini mencapai kemuncaknya apabila pihak berkuasa dan masyarakat masing-masing memperdebatkan sama ada sebuah ‘Bank Bayi ’ harus ditubuhkan bagi mengatasi masalah pembuangan bayi yang semakin kritikal.


Penutup

Berdasarkan pada tanggungjawab, kelemahan manusia dan pengaruh persekitaran yang makin mencabar, perkhidmatan bimbingan menjadi suatu keperluan dalam hidup manusia. Setiap individu perlu memainkan rol masing-masing dalam mewujudkan budaya nasihat menasihati seterusnya melahirkan masyarakat penyayang.

Krisis MCA

1969

1) Krisis Kepimpinan MCA berlaku dalam parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) sejak awal penubuhannnya. MCA merupakan parti komponen Barisan Nasional yang memerintah Malaysiasejak 1957 lagi. MCA dan UMNO merupakan parti teras yang menyebabkan British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu / Malaysia pada 1957.


2) Dalam pemilihan MCA 1958, Presiden MCA, Tan Cheng Lock dicabar oleh Lim Chong Eu dan Lim menang dengan majoriti 22 undi sahaja. Bagi mengesahkan kemenangannya, EGM MCA diadakan bagi meminda Perlembagaan MCA dan mengesahkan pemilihan Lim Chong Eu . Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman tidak puas hati melihat kepincangan dalam MCA yang berdepan masalah ancaman Parti Komunis Malaya . Tunku tidak puas hati kerana Lim mahu 40 kerusi pilihan raya dan menjadikan bahasa Cina sebagai bahasa kebangsaan.

3) Tun Dr Lim Chong Eu menjadi Presiden MCA (Mac 1958-Julai 1959) dan keluar parti dan mengasaskan Parti Radikal / Gerakan pada 1969 . Kemenangan Gerakan di Pulau Pinangmembolehkan beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1969-1990. Gerakan menyertai Barisan Nasional / Perikatan 'semula' ekoran Peristiwa 13 Mei. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 , MCA hanya menang 13 dari 33 kerusi yang ditandingi.


1984-1985


1) Berlaku rebutan kuasa antara Pemangku Presiden MCA, Datuk Dr Neo Yee Pan dan Datuk Mak Hoon Kam dengan Dr Tan Koon Swan. Pada 17 Mac 1984, Neo Yee Pan telah memecat Tan Koon Swan, Lee Kim Sai , 13 pemimpin dan beberapa ahli MCA berhubung ahli hantu .


2) Tan Koon Swan merupakan pengerusi PCA Wilayah Persekutuan dan anak didik jutawan Lim Goh Tong - Genting Berhad. Sementara Lee Kim Sai adalah ahli parlimen Hulu Langat dan pengerusi MCA Selangor. Datuk Mak Hon Kam selaku pengerusi Jawatankuasa Disiplin MCA memecat 14 pemimpin MCA termasuk Tan Koon Swan , Lee Kim Sai, Dr Ling Liong Sik, Datuk Kee Yong Wee,Wong Choon Wah dan Datuk Wong Mook Leong.


3) Ramai ahli dan perwakilan MCA terkejut. Seramai 1499 perwakilan mengemukakan petisyen agar EGM diadakan bagi membatalkan arahan pemecatan dan melantik jawatankuasa penyiasat isu ahli hantu. Masalah dalaman parti dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan. Apabila mahkamah dibabitkan, hanya hakim yang berkuasa memutuskan siapa yang benar dan salah. Tetapi keputusan hakim tidak akan memuskan hati semua pihak.


4) Pada 24 November 1985, menyuarat agung khas MCA diadakan untuk memilih barisan kepimpinan baru. Akhirnya Tan Koon Swan dipilih sebagai presiden dan Ling Leong Sik terpilih sebagai timbalan presiden dan Lee Kim Sai terpilih sebagai Setiausaha Agung MCA. Malangnya Tan Koon Swan didakwa di mahkamah Singapura kerana terbabit dalam transaksi syarikatPan-El di pula itu.


5) Buku bertajuk "Krisis MCA" diterbitkan dalam Bahasa Malaysia. Pelbagai ulasan disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Masyarakat dan majalah bulan Widya. Penerbit buku ini ialah Penerbit Abadi dan disunting oleh bekas Setiausaha Agung MCA Tan Sri Dr. Ting Chew Peh dan Atma Goh.


2002-2003


1) UMNO menguasai surat khabar Utusan Melayu dan Berita Harian. MCA pula diketahui menguasai akhbar The Star. Nanyang Press Holding Berhad yang menerbitkan akhbar Nanyang Siang Pau pernah hendak 'dikuasai' oleh seorang Melayu / UMNO dan kedudukan ini amat meresahkan masyarakat Cina. Pada 1989, Huaren hendak menjual 39 % kepentingan dalam The Star kepada Malaysia Plantation Berhad. Tujuan jualan ini bagi menyelesaikan hutang Huaren. Dr Ling telah memecat Datuk wong Mook Leongh kerana membantah penjualan ini.


2) Akibatnya wujud dua team iaitu Team A dan Team B. Team A diketuai oleh Dr Ling Leong Sik dan disokong oleh Dr Chua .Team A menyokong pembelian Nanyang.


3) Team B diketuai oleh timbalannya Tan Sri Lim Ah Lek dan Ong Ka Ting. Team B menentang parti politik mengawal kebebasan akhbar di Malaysia. Persatuan Penulis Surat Khabar Cina Malaysia juga menentang kawalan politik ini. Penulis ini mengancam tidak lagi menulis untuk Nanyang. Masyarakat Cina lebih memihak kepada kebebasan laporan akhbar. Bantahan ini diketuai oleh Gang 8 dalam MCA. Gang 8 dianggotai beberapa pemimpin kanan MCA dan Menteri kabinet termasuk Dato Chua Jui Meng dan Dato Chan Kong Choy, diketuai Timbalan Presiden Dato Lim Ah Lek.


4) Ketika perasmian EGM MCA , Datuk seri Dr Mahathir Mohamad menuduh Nanyang sebagai alat pembangkang , memainkan isu perkauman dan menimbulkan rasa benci masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional dan beliau sendiri. oleh itu amat wajar MCA mengawal Nanyang Publication.


5) EGM diadakan bagi menyelesaikan masalah itu. EGM memutuskan badan pelaburan MCA, Huaren Holdings Sdn Bhd hendaklah membeli Nanyang. 1176 daripada 2207 perwakilan menyokong pembelian. Sementara 1019 perwakilan menentang pembelian. Masalah itu berjaya diselesaikan kerana keputusan diterima semua pihak dalam MCA. Dengan itu jelas bahawa MCA mengawal The Star, Nanyang Siang Pau dan China Press.


2008-2010


1) Krisis kempimpinan MCA berulang semasa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. Beliau bertentangan dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menjadi Timbalan Presiden MCA. Tuduh-menuduh berlaku di antara Presiden dengan Timbalan Presiden MCA, terutamanya atas masalah moral Chua kerana peristiwa DVD lucah Chua. Mereka saling tidak percaya mempercayai ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional/ MCA dalam PRU12 pada 8 Mac 2008.


2) Datuk Seri Ong Ka Ting mengundurkan diri daripada mempertahankan jawatan Presiden MCA dan menghantar Datuk Seri Ong Tee Keat untuk menandingi jawatan ini. Selepas beliau menjadi Presiden MCA, Ong Tee Kiat telah melantik dirinya sebagai pengerusi MCA Johor. Beliau langsung tidak memberikan apa-apa jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri kepada Chua. Ini bermakna Dr Chua dipinggirkan malah ditindas.


3) Chua Soi Lek tidak diberi apa-apa jawatan yang penting di parti. Ini menyebabkan beliau dan penyokongnya tidak puas hati. Dr Chua Soi Lek diberi tugas oleh Perdana Menteri untuk menjelajah ke seluruh Malaysia memulihkan keyakinan pengundi Cina. Peluang ini digunakan untuk memperluas dan mengukuhkan pengaruhnya ke seluruh Malaysia.


4) Ong bertindak memecat keahlian Dr Chua dalam MCA pada 26 Ogos 2009. Semua jawatan parti dan dalam kerajaan dibatalkan. Ini kerana kuasa presiden amat besar. Presiden 'berkuasa' melantik orang-orangnya sebagai pengerusi MCA negeri, pengerusi perhubungan dan seterusnya ahli majlis daerah dalam kerajaan tempatan.


5) Beberapa pihak mencadangkan EGM diadakan bagi menyelesaikan siapa yang benar. Penyokong Dr Chua yang ramai di Johor berusaha mengumpul 2/3 tanda tangan perwakilan MCA agar EGM dapat diadakan.


6) Ong Tee Kiat tidak menyangka pengaruh Chua Soi Lek amat kuat. Chua terbabit dalam Isu Skandal Seks DVD Chua Soi Lek pada 2007 dan tentulah ingtegriti beliau amat rendah. Walaupun terlibat dalam skandal , Chua masih dipilih sebagai timbalan presiden pada pemilihan Oktober 2008. Ong setuju mengadakan Mesyuarat Agung Khas MCA (EGM MCA) pada Oktober 2009. Terlajak kata tidak dapat diundur. Perwakilan menolak Ong Tee Kiat sebagai presiden dan menolak Chua Soi Lek sebagai timbalan presiden.


7) Sebenarnya perwakilan MCA mahu Ong Tee kiat berehat sekejap kerana beliau terlibat dalam Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang.[perlu rujukan] Ramai pemimpin UMNO, MCA dan Gerakan dibabitkan. [perlu rujukan] Sumbangan peribadi RM10 juta daripada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dikatakan diberikan oleh Datuk Seri Tiong King Sing kepada Ong Tee Kiat. Tee Keat memfailkan saman fitnah sebanyak RM500 juta ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing .


8) Ong Tee Kiat terpaksa juga [perlu rujukan] meneruskan tugas sebagai presiden walaupun telah nyata ditolak. Ini kerana beliau tidak mahu MCA terus berpecah dan tidak ada pemimpin. Beliau melantik Dr Liow Tiong Lai sebagai timbalan presiden. Tindakan ini menambah krisis MCA kerana Chua masih berebut menjadi Timbalan Presiden.


9) Beberapa pemimpin MCA sebelum ini membaca 'ancaman' Ong Tee Kiat sebagai serius. Ong menyatakan mahu berundur jika kalah dalam EGM MCA. Tetapi Ong Tee Kiat menarik balik menyataannya itu. Ini menyebabkan Liow Tiong Lai dan lain-lain dilihat 'belot' kepada presiden dan kelihatan mahu merampas kuasa dan digelar 'praksi ketiga'.



Wednesday, January 20, 2010

Dinar emas

1) Ekonomi AS yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. 3/4 daripada Dollar berada di luar negara dengan kadar nilai yang terus menyusut.


2) Tidak seperti kegemilangan sistem Britton Woods pada 1944 yang telah memperdayakan 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang negara mereka kepada Dollar AS. Keadaan ini berlaku menerusi jaminan adikuasa itu bahawa dollarnya adalah bersandarkan kepada emas US $35 setiap auns


3) Semasa presiden Nixon memengang tampuk pemerintahan. Pada 15 Ogos 1971, secara uniteral telah memungkiri perjanjian Briton Woods dengan tidak lagi menyandarkan dollarnya kepada emas akibat kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh keperluan pembiayaan perang Vietnam serta defisit imbangan pembayaran yang berterusan.


4) Semenjak jatuhnya perjanjia Britton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara dinilaikan kepada mata wang negara lain.

Kaedah ini mengakibatkan ketidak tentuan turun naik nilai mata wang sekali gus memberi peluang kepada spekulator mata mengaut keuntungan atas kerugian matawang negara lain.


5) Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan inilah, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi


6) Dari segi tabingan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan merosot akibat inflasi.


7) dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas amat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya, sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai (NILAI TERSENDIRI LAAA)


8) Kini dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam seluruh dunia menyeru agar dinar emas ini dikembalikan. Dalam krisis ekonomi kini, Dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang mantap dan munasabah.



Tuesday, January 19, 2010

Tenaga Nuklear

Tenaga Nuklear


1) Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear atau pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik.


2) Tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal. Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.


3) Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses eksoterma, iaitu "Pereputan radioaktif", yang melibatkan satu proton atau neutron dalam nukleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan samada zarah-zarah, sinaran elektromagnet (seperti sinar gamma), neutrino atau kesemuanya sekali; "pembelahan nuklear, yang membelah satu nukleus berat menjadi dua (atau jarang sekali tiga) nuklues yang lebih ringan; dan "pelakuran nuklear, yang menggabungkan dua nukelus atom untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat.


4) Pereputan radioaktif adalah satu tindakbalas yang berlaku secara spontan, rawak dan semula jadi. Pembelahan nuklear pula, yang tidak berlaku secara semula jadi, telah digunakan secara meluas dalam penjanaan tenaga elektrik sejak 1950-an lagi.


5) Sementara itu, pelakuran nuklear boleh berlaku secara semula jadi, seperti dalam Matahari, dan secara buatan. Walaupun, proses itu telah dibuktikan boleh dilakukan secara buatan, namun terdapat beberapa masalah seperti kawalan ke atas tindak balas, yang perlu diatasi sebelum proses ini boleh dilakukan secara besar-besaran.


Kegunaan

1) Pada tahun 2005, tenaga nuklear membekalkan 6,3% tenaga dunia dan 15% kuasa elektrik dunia. Amerika Syarikat, Perancis, dan Jepunmenggunakan 56,5% elektrik yang dihasilkan oleh loji nuklear. Pada tahun 2007, IAEA melaporkan terdapat 439 reaktor nuklear di dunia yang beroperasi di 31 negara.


2) Amerika Syarikat menghasilkan paling banyak tenaga nuklear, dengan tenaga nuklear membekalkan 19% tenaga elektrik yang ia gunakan, sementara Perancis menghasilkan peratusan tertinggi tenaga elektrik dari reaktor nuklear iaitu sebanyak 80% pada 2006.


3) Di Kesatuan Eropah, tenaga nuklear membekalkan 30% tenaga elektrik. Dasar tenaga nuklear berbeza antara negara-negara Kesatuan Eropah, dan sesetengah negara seperti Austria, Estonia, dan Ireland, tidak mempunyai stesyen tenaga nuklear aktif. Sebagai perbandingan, Perancis memiliki banyak loji nuklear, dengan 16 stesen pelbagai unit yang digunakan ketika ini.


4) Di AS, walaupun industri tenaga eletrik daripada arang batu dan gas diramalkan bernilai $85 bilion menjelang 2013, janakuasa tenaga nuklear dianggarkan bernilai $18 bilion.


5) Kebanyakan kapal laut tentera dan beberapa kapal awam (seperti kapal pemecah ais) menggunakan pendorong marin nuklear, suatu bentuk pendorong nuklear. Beberapa kenderaan angkasa telah dilancarkan dengan menggunakan reaktor nuklear seperti RORSAT kepunyaan Soviet dan SNAP-10A kepunyaan Amerika.


6) Penyelidikan antarabangsa terus dibuat untuk penambahbaikan dalam teknologi tenaga nuklear seperti dalam aspek keselamatan loji, penggunaan pelakuran nuklear, dan kegunaan tambahan dalam proses pemanasan seperti pengeluaran hidrogen, penyulingan air laut, dan untuk digunakan dalam sistem pemanas di sesuatu daerah.