Saturday, October 16, 2010

Budaya Popular

  • Budaya pop merupakan budaya vernakular yang diamalkan oleh masyarakat moden. Kebanyakannya isi budaya pop ditentukan oleh industri-industri yang menyebarkan bahan-bahan kebudayaan,
  • umpamanya filem, televisyen dan industri-industri penerbitan, termasuk media berita. Walau bagaimanapun, budaya pop tidak boleh hanya dianggap sebagai produk aggregat industri-industri sahaja; sebaliknya, ia merupakan hasil daripada interaksi yang berlangsung antara industri-industri tersebut dan orang-orang di dalam masyarakat yang menggunakan produk-produk itu.
  • Walaupun pengkritik-pengkritik kekadang mengatakan bahawa budaya pop adalah terlalu cetek kerana ia merupakan fesyen dan rekaan sementara; gembar-gembur yang berkaitan dengan perkara-perkara budaya pop sering merupakan pendahuluan yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada budaya harian masyarakat ataupun subbudaya, umpamanya televisyen dan internet.
  • Budaya popular bermaksud sesuatu yang disukai ramai, ‘inferior kind of work’, sesuatu yang sengaja dikeluarkan untuk mandapat restu dari masyarakat dan sesuatu budaya yang dibuat oleh rakyat untuk rakyat (Williams, R dalam Storey, J 1993). Budaya popular ini diukur ‘kepopularannya’ berdasarkan kepada kuantiti sahaja, seperti jumlah jualan buku dan jualan tiket konsert. Namun, ia berlainan dengan kepopularan.
  • Budaya popular adalah selalunya sebahagian dari hubungan kuasa iaitu ianya mempunyai elemen pergelutan yang berlarutan antara dominasi dan subordinasi antara kuasa dan pelbagai bentuk penentangan[resistance] terhadapnya.
  • Kedua adalah sesuatu budaya yang tinggal setelah budaya tinggi dikategorikan. Budaya popular adalah sesuatu budaya yang tidak mencapai standard budaya tinggi dan disebabkan itu, budaya popular selalunya dikaitkan dengan budaya massa iaitu definisi budaya popular yang ketiga. Bertentangan dengan budaya massa, budaya tinggi adalah sesuatu yang dihasilkan secara individu dan sesuatu yang ‘culturally worthwhile’.
  • Hasil kerja yang susah secara individu itulah yang menjamin statusnya sebagai budaya tinggi atau dalam kata lain, ‘high culture is the result of an individual art of creation’. Maka, budaya popular adalah sesuatu yang dikeluarkan secara massa atau besar-besaran dan adalah sesuatu yang homogenous.

  • Definisi budaya popular seterusnya adalah budaya popular berasal dari masyarakat. Ia adalah budaya dari rakyat untuk rakyat. Namun, terdapat masalah untuk mendefinisikan siapakah ‘masyarakat’ tersebut.
    Definisi yang diberi oleh Gramsci berkaitan dengan pergelutan dalam konsep...


No comments:

Post a Comment